PELAN TINDAKAN PEMBAGUNAN BELIA

PELAN TINDAKAN PEMBAGUNAN BELIA





PENGENALAN

Dasar Belia Negara ini diadakan untuk memberi garis panduan bagi menyusun dan mengendali rancangan-rancangan belia negara ini. Generasi belia merupakan sumber terbesar dalam negara dan mereka berpotensi untuk menyambung kepada pembangunan negara. Keupayaan mengembeling tenaga belia akan menentukan kekuatan dan ketahanan pembangunan sosial, ekonomi dan politik Negara.



TAKRIF BELIA
Golongan belia dikategorikan kepada golongan berumur antara 15 – 40 tahun dan meliputi 42% daripada jumlah 20 juta penduduk Malaysia. Walaubagaimanapun, dari segi strategi pelaksanaan program dan orientasi aktiviti, tumpuan utama ialah mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun. Golongan ini merupakan tenaga penggerak dalam bidang politik, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.
Memandangkan belia memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan sebagai bakal pemimpin Negara, usaha bagi mewujudkan organisasi belia yang mantap dan sistematik amatlah diperlukan. Dasar Program Induk Belia Negara dilancarkan pada bulan Jun 1991. Belia merupakan separuh daripada penduduk di Malaysia. Kemajuan Belia merupakan kemajuan negara.






MATLAMAT
Matlamat dasar ini ialah “Membina Belia Untuk Kesejahteraan Negara”.





OBJEKTIF
i.   Memupuk keperibadian belia dengan memberi penekanan terhadap aspek kepimpinan dan kesukarelawanan, berakhlak mulia & berpengetahuan luas.

ii.  Mendorong penyertaan belia dalam pembangunan negara, di samping memandu mereka ke jalan yang searah dengan prinsip Rukun Negara.

iii.   Menjadikan belia sebagai teras integrasi nasional.

iv.   Belia dianggap benteng pertahanan ekonomi dan sosio politik negara.

v.    Memajukan belia.

vi.   Membangunkan sosioekonomi golongan belia selain memperkukuh perpaduan dan keselamatan negara.

vii.   Melahirkan masyarakat yang memiliki sifat kepimpinan dan berfikiran matang selain mencapai taraf keilmuan yang tinggi.

PRINSIP-PRINSIP DASAR BELIA NEGARA
Pembinaan belia di negara ini hendaklah berasaskan prinsip-prinsip berikut:
i.     Mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara
ii.     Mewujudkan semangat perpaduan, kesukarelaan dan menggalakkan autonomi
iii.    Mewujudkan sifat-sifat kepimpinan yang matang
iv.    Menggalakkan penyertaan dalam proses perancangan negara
v.     Membina moral yang tingi dan sikap yang mementingkan penjagaan kesihatan dan kecergasan diri
vi.    Mencapai taraf keilmuan yang luas dan mendalam

STRATEGI PELAKSANAAN
Bagi mencapai Dasar Belia Negara beberapa strategi akan dilaksanakan:
a.   Pembangunan Ilmu
Usaha akan dipertingkatkan ke arah mengembangkan ilmu pengetahuan di dalam berbagai aspek sebagai tungak kepada pembangunan dan kemantapan generasi belia[6]. Untuk memupuk ciri-ciri keperibadian yang sempurna, pendidikan hendaklah dibekalkan yang meliputi bidang-bidang berikut:
i.       Pendidikan agama dan moral.
ii.      Pelajaran yang formal dari awal (pra sekolah) hingga ke pusat pengajian tinggi.
iii.     Pendidikan tidak formal yang berterusan melalui kursus, bengkel, seminar dan lain-lain.
iv.     Pendidikan jasmani secara formal dan tidak formal.





b.   Pembentukan Sikap
Usaha ke arah penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sikap yang positif dan kreatif akan dipupuk di kalangan belia bagi menghadapi cabaran semasa dan akan datang. Untuk menyediakan taraf kepimpinan yang matang serta penglibatan yang berkesan dalam perancangan negara, usaha-usaha hendaklah diatur bagi menghasilkan golongan pemimpin yang berkaliber melalui:
i.     Kursus, seminar, bengkel dan lain-lain.
ii.    Penglibatan dan penyertaan yang aktif dalam badan-badan yang menggubal dasar di semua peringkat, iaitu daerah, negeri dan kebangsaan pendedahan yang luas, merangkumi peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

c.    Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan
Mempersiapkan generasi belia dengan teknologi terkini, kemahiran teknik dan vokasional serta kegiatan keusahawanan selaras dengan kehendak pembangunan negara. Untuk membekalkan kemahiran-kemahiran tertentu, rancangan-rancangan latihan hendaklah disusun untuk melatih para belia dalam pelbagai bidang seperti teknikal, usahawan dan pertanian.



d.     Pemupukan Gaya Hidup Sihat
Generasi Belia digalakkan menyertai persatuan atau aktiviti sukarela yang dapat memupuk gaya hidup yang sihat, cergas dan dinamik. Amalan ini akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang bertangungjawab dan berkualiti.

e.     Kemudahan Interaksi Sosial
Mempertingkatkan kemudahan yang sesuai bagi menggalakkan aktiviti dan interaksi sosial yang sihat di kalangan belia dan masyarakat. Untuk meningkatkan usaha perpaduan negara, semangat kebangsaan, kesedaran, kewarganegaraan dan perasaan tanggungjawab melalui program secara formal dan tidak formal.

f.      Perkongsian Dalam Pembangunan
Menggunakan perkongsian dan kerjasama antara agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk pembangunan generasi belia. Untuk menjayakan penglibatan belia sepenuhnya dalam pembangunan negara, penekanan terhadap:
i.   semangat kesukarelaan yang akan menjamin kesediaan untuk memberi semangat ikhlas demi kejayaan dan kebahagiaan bersama.
ii.     Autonomi dalam menjalankan rancangan-rancangan agar terpupuk perasaan yakin pada diri sendiri.
iii.    Pengenalan prinsip-prinsip untuk menyemai rasa cinta terhadap hidup secara demokrasi.[7]

g.     Jaringan Hubungan Antarabangsa
Menggalakkan generasi belia meningkatkan jaringan dan interaksi dengan masyarakat antarabangsa.

Pelaksanaan
i.  Bahagian Perkhidmatan Belia di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat diwujudkan untuk membimbing dan memberi perkhidmatan sosial kepada golongan belia.
ii.   Kementerian Belia dan Sukan ditubuhkan untuk merancang dan melaksanakan dasar-dasar untuk menjalankan kegiatan yang memanfaatkan golongan belia.
iii.  ‘Program Rakan Muda’ diwujudkan untuk meningkatkan penglibatan belia dalam pelbagai bidang untuk membentuk masyarakat yang seimbang, berdaya saing, berani dan dinamik selaras dengan kehendak negara.
iv.  Koperasi Belia diadakan mewujudkan oraganisasi yang bercorak koperasi peringkat kebangsaan demi menjaga kepentingan belia dalam bidang ekonomi dan sosial.
v.   Program Belia Berniaga membekalkan kursus-kursus keusahawanan untuk memberi kemahiran kepada belia.
vi.   Kemahiran Vokasional dan Teknikal turut diadakan untuk memperlengkap kemahiran belia untuk memenuhi kehendak pasaran kerja. Contohnya, Institut Kemahiran Belia Negara ditubuhkan untuk menggalakkan belia-belia mendapatkan latihan kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja yang diperlukan oleh sektor industri ke arah mencapai Wawasan 2020.
vii.   Badan-badan Sukarela menganjurkan pelbagai program dari semasa ke semasa untuk membangunkan belia negara.
viii.  Slogan ‘Malaysia Boleh’ merupakan galakan untuk memperjuang semangat kebangsaan di kalangan belia negara.
ix.   Sepuluh aspek yang menjadi motto ialah:

a.    Malaysia Cergas
b.    Malaysia Cemerlang
c.     Malaysia Patriotik
d.     Malaysia harmoni
e.     Malaysia Mahir
f.      Malaysia Mulia
g.     Malaysia Sejagat
h.     Malaysia Prihatin
i.      Malaysia Berbudaya

Program Belia (Perniagaan)
a.   Belia Berniaga
Rancangan ini bertujuan usahawan-usahawan di kalangan belia dengan mendorong mereka menggunakan kemahiran yang telah diperolehi melalui kursus-kursus keusahawanan yang disediakan.[8]
b.   Koperasi Belia
Bertujuan meninggikan taraf hidup belia-belia amnya dan ahli-ahli khususnya dan menjaga kepentingan belia dalam semua bidang terutama ekonomi dan sosial supaya dapat mewujudkan satu organisasi perniagaan besar yang bercorak koperasi di peringkat nasional.
c.    Belia Peladang
Bertujuan untuk melibatkan para belia dalam projek pertanian, penternakan dan perusahaan-perusahaan berasaskan pertanian, dengan bermatlamat untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan sendiri di kalangan belia-belia terutama sekali mereka yang tinggal di luar bandar

Program Latihan
a.    Latihan dan Bimbingan
Bertujuan memberi dan menguruskan latihan kemahiran vokasional dan teknikal untuk membolehkan belia mendapat pekerjaan sendiri serta melengkapkan latihan kemahiran kerja belia.
b.    Cawangan Latihan dan Bimbingan
Ditubuhkan dengan tujuan merancangkan aktiviti-aktiviti bercorak latihan kemahiran secara formal dan latihan secara tidak formal.
Badan-badan Belia terdiri daripada persatuan, pertubuhan dan majlis belia yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan termasuk juga badan-badan sukarela seperti kesenian, kebajikan, sukan, kerjaya dan keagamaan dan badan-badan politik dan kesatuan sekerja[9]. Dari semasa ke semasa, badan ini menganjurkan program-program latihan dan bengkel kepimpinan kepada ahli-ahli untuk mencungkil bakat kepimpinan.

PENCAPAIAN
i.    Belia akan sedar tanggungjawab mereka terhadap negara.
ii.    Mengurangkan masalah sosial.
iii.    Belia menjadi progresif.





KESIMPULAN
Dasar Belia Negara adalah panduan yang dapat memberi peluang dan ruang kepada semua pihak dalam merancang dan melaksanakan program untuk memperkasa pembangunan belia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan